Monday, September 12, 2011

MTV (mini travel video) Bandung

MTV : Bandung from renyrino on Vimeo.




di-olah oleh gadisbykragam

p/s akan datang gambar raya.Tapi tak develop lagi.nanti basi lak..pfftt

Sunday, August 14, 2011

from Bandung with love










Lepas kenduri belah lelaki,ada sehari jer masa untuk rehat-rehat.Lepas tu shoot ke bandung selama 4 hari 3 malam.Sambil jalan-jalan ke negara orang,sambil tu meramah mesra dengan keluarga mertua.Penat masa setting kenduri dan masa kenduri hilang seketika bila dapat jalan-jalan ke luar malaysia.Dengar cerita bandung ni syurga membeli belah.Betul ke?Dah merasa pergi kesana memang betul ape yg di gembar gemburkan.Bandung ni terkenal dengan syurga membeli belah.Sempat juga bertemu dengan rakan-rakan lomography 'lomoranger' dari bandung.terima kasih marko 'makro',angin malam memang dingin bangat.Ada lagi satu,cewek-cewek bandung putih mulus..haha.

p/s nak tengok gambar selebihnye sila ke http://www.lomography.com/homes/eastmoe

Monday, August 8, 2011

from single to married






Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Dari awal perancangan perkahwinan ke majlis pernikahan serta kenduri kendara.Semuanya berjalan dengan lancar.Pada tetamu-tetamu jemputan,teman-teman bisness serta keluarga dari photography/lomography/lomokids/effekts yang sudi hadir terima kasih banyak-banyak.

p/s Diharapkan dapat menjadi suami terbaik di dunia dan di akhirat untuk si isteri.aminnn..

Monday, July 11, 2011

MCS (mari cuci sendiri)






Kamera : Lomo lca+ dengan widelens 20mm

Bahan-bahan : Model Terjun,Filem Ilford Retro 100 expired,ilfosol3,campuran 1+9,6 minit develop,2 minit fixer and epson v330 scanner.The first trial..

Ini la hasil 1st aku proses sendiri untuk filem hitam&putih..Sebelom ini aku ada cuba experiment proses filem negetif biase guna proses hitam&putih.ada yang jadi dan ada yang tak.maklum la proses ikot sukatan sedap sendiri.Gambar yang atas ni pun suhu dan sukatan tak berapa nak ngam lagi.Lepas ke kelas darkroom baru la ada feel dan ada keyakinan nak proses sendiri.Lain rasanye kalau hanya teori di google sahaja.Kena ada praktikal.Baru rasa lengkap..Kalau nak tengok contoh-contoh gambar yang lain sila ke EASTMOE LOMOGRAPHY..

p/s Guna scanner biase jer,epson v330.Tu tak nampak nak tajam sangat tu.

Monday, July 4, 2011

thanks to LOMOGRAPHY Malaysia



Alhamdulillah,rezeki bulan 7.Rezeki nak dekat kawen ni.hehe..kali ini dari LOMOGRAPHY Malaysia pula..Yang ini untuk competition 'Show Me That You Are A Malaysian Rumble'..tujuan competition ini adalah untuk meraikan yang malaysia sudah ada pusat lomografi rasminya sendiri.Untuk maklumat lanjut,sila ke SINI dan KESINI untuk melihat produk fisheye2 edisi iloveu ilovelomo ini..Terima kasih nabil manbailong dolmat atas kesudian menjadi model terjun..

p/s 2 minggu lepas cik tunang@bakal isteri ada bagi hint nak fisheye2.Memang rezeki datang tepat pada masanya.Alhamdulillah =)

Friday, July 1, 2011

Darkroom Introduction Program (DIP)










Darkroom introduction program ni berlangsung pada 25.6 yang lepas.Bagi sesiapa yang minat digital atau filem fotografi wajib pergi sebab...korang akan tahu nanti.Nak tau lebih lanjut,korang boleh ke SINI atau ke SINI..Berbaloi-baloi..

p/s nampak imej slow-slow timbul..stimmm

Sunday, June 19, 2011

thanks to LOMOGRAPHY & RIPCURL




Alhamdulillah,kali ini dari RIPCURL pula..Dulu sebagai beta tester untuk kamera sprocket rocket,dapat kamera prototype untuk dipandu uji.Kali ini dapat yang real produk..

p/s aku suka join competition yang ada tema.bukan apa,yang ada tema selalunye ada juri.Bukan berlandaskan 'LIKE' semata-mata..

Monday, April 18, 2011

thanks to LOMOGRAPHY & PETROBRAS brazil



Perkabaran gembira ni aku dah tau 2 minggu yang lepas.Deme bagi tau yang salah satu gambar aku terpilih dan akan di pamerkan di Museum of Modern Art dekat Rio de Janeiro nun.Masa pameran tu berlangsung pada 28 april sampai 15 may 2011..Alhamdulillah,sebagai penghargaan,lomography hadiahkan aku set 1 kamera LCA+ beserta bonus CRAB underwater casing.Yang bestnye,4 pemenang bertuah akan diterbang kan ke rio de janeiro.nampaknye bukan rezeki aku nak kesane.Apa-apa pn aku bersyukur sebab hasil kerja aku di pamerkan di sana.Lca+ bile-bile pun boleh beli ye tak.Yang penting hasil kerja kita jadi tatapan dan dihargai..Nak tau lebih lanjut hasil gambar-gambar yang terpilih sila ke SINI.

p/s kalau la terpilih ke brazil,memang kena la blaja ckp brazil sikit-sikit.hahaha

Tuesday, March 29, 2011

NIKON F50 bewajah baru






Nikon F50 yang dibeli dari lokin beberape bulan lepas (macam biasa) sudah diberi nafas baru.warna kuning lip lap lip lap jugak lah..haha

pada asalnye rupa nikon ni agak tak terurus.dibeli dengan harga yang munasabah disebabkan rosak.lepas kemaskini shutter dan af motor dekat sensei,nikon ni kembali aktif dan ada masa terluang sikit ia diberi nafas baru..

p/s klau kene dengan adapter,macam-macam lens boleh disumbat

Wednesday, February 23, 2011

selamat tinggal SAYANG..


Beraksi dengan kamera polaroid studio express buat kali terakhir sebelom bertukar tangan ke tuan yang baru..Harap-harap tuan yang baru akan jaga kamu dengan penuh kasih sayang yang tiada tandingan.huhu...Klau tuan baru hari-hari angkat kamu,sure otot bisep dia berketul ketul macam tuan lama..

p/s Tuan lama nak cari model yang moden skit.Macam INI atau INI..

Tuesday, February 8, 2011

SMENA 8M (LENIN VER.) yang pelbagai rekabentuk






Lawa kan?ini antara rekabentuk smena 8m versi lenin yang lain..agak rare.Gambar no.2 dari atas tu bukan versi lenin.Yang tu versi team"Hockey Moscow 1986"

p/s buat koleksi pun sodap..

Tuesday, January 25, 2011

SMENA 8M (LENIN VER.)


Aku ada jugak memiliki smena 8m ni.Tapi dah dapat lama dah.Biasa la,dapat kat lokin.ikot luck.kadang-kadang ok,kadang-kadang dapat yang tak ok kondisi dia.Dulu smena 8m ni aku dapat kat lokin dengan harga RM10.Tapi shutter dia dah rosak.Dulu-dulu tak tau nk repair shutter smena ni.Jadi aku belajar la kat intenet macam mana nak repair shutter kamera aku ni.Alhamdulillah,shutter kembali berfungsi..

Okeh,yang aku nak bebelkan ni smena 8m yang macam dalam gambar ni.Agak rare sebab yang ni smena 8m versi lenin..Bosan-bosan semalam aku sebey-sebey kat ebay (evilbay)..Terjumpa la smena ni.Tapi seller dekat US nun.Dia tak nak pos luar dari US lak.nasib la ada bakal adik ipar yang belaja kat sana.Roger-roger dia,bid dan menang.hanya usd25..terima kasih bakal adik ipar.

p/s ada masa nanti nak google-google cari maklumat pasal smena 8m versi lenin ni.

Monday, January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011..apa barang baru?





Ini koleksi terkini aku untuk permulaan tahun 2011..Mini tank tin toys yang dibuat dari tahun 70an.masih berfungsi.Kosmetik cantik dan agak susah didapati.Macam biase,barang ni aku dapat kat lokin.kira 1st barang yang aku beli kat lokin untuk tahun 2011 ni..Mini tank ni ada 12 biji dalam satu kotak.jadi masa nak beli tak boleh beli sebijik-sebijik.Kena la tapau 1 kotak sekali..

Pada sesiapa yang berminat nak buat koleksi,boleh la beli daripada aku sebab aku nak simpan dalam 6 biji jer.6 biji lagi akan dijual kepada kolekter atau kepada sesiapa yang menghargai mainan dari masa lampau..

Harga aku bagi Rm30.00 utk sebiji..klau beli 2 biji aku bagi Rm50..postage tambah Rm10..

p/s sempena tahun baru 2011 ni,banyak pulak barang rare-rare yang dijual kat lokin..daimm